Monday, June 22, 2009

Kedatangan Pengaruh Bugis di tanah Semenanjung dan kepulauan Melayu - Bahagian 2

Saturday, May 30, 2009 Dari Dinasti Kesultanan Melaka, pemerintahan kerajaan Johor-Riau beralih kepada Dinasti Bendahara. Sultan Mahmud II yg mangkat dibunuh, pada tahun 1699, terlalu muda, 24 tahun, dan tidak mempunyai anak. Dikatakan baginda tidak mau bersama tidur dengan permaisuri dan isteri2nya yg ada. Dikatakan baginda mpunyai perangai yg pelik dan percaya bahawa dia hanya layak untuk bersama dengan perempuan bangsa kayangan ataupun peri, iaitu sebenarnya kaum bunian. Banyak catatan tentang keburukan sikap baginda yg akhirnya menyebabkan pupusnya pemerintahan kesultanan yg berasal dari Melaka di Johor-Riau. Ketika itu Bendahara Johor-Riau adalah Tun Abdul Jalil ibni Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang anakanda-anakandanya dan keturunannya memerintah di Terengganu (sehingga sekarang) dan Pahang (sehingga sekarang). Bendahara Tun Abdul Jalil kemudian mengambilalih tampuk pemerintahan dengan menjadi Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.

No comments:

POSER

Sometimes there are some people who like to do the things that they dont want to do.