Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris - Why NOT ???

(sent and posted on chedet blog as follows)

By fairuzstone on March 11, 2009 5:28 AM

Assalamualaikum YABhg Tun dan pembaca semua,
Saya hanya menggeleng kepala melihat gelagat mereka yg menentang apa yg dirujuk sebagai PPSMI. Sampai begitu sekali mereka berdemonstrasi bagaikan menentang musuh. Keadaan menjadi semakin haru bila para hipokrit dan opportunis/pengambilkesempatan dari pelbagai parti politik pun turut tumpang tui sekali.

Pada asalnya saya tidak mahulah mengulas isu ini takut nanti akan ada kecenderungan untuk salah tafsir tetapi nampak gayanya masih ramai tidak dapat menghalusi matlamat utamanya. Saya amat berkeyakinan BUKANlah MAKSUD sebenar Tun Dr Mahathir yg melaksanakannya untuk MEMPERTIDAKKAN atau MEMPERLEKEHKAN bahasa ibundanya apatah lagi untuk memperagungkan bahasa penjajah. Amat DANGKAL andaian itu, siapakah yg betul2 berani bersuara menegur amalan dwi-standard negara barat atau juga ada yg menggelar 'western hypocracy' terutama dalam hal perdagangan bebas, liberalisasi, kawalan dagang, hak asasi manusia, campurtangan asing dan pendemokrasian tidak berpilih, secara konsisten beliau bersuara bukan di gelanggang sendiri tetapi di gelanggang dunia, bukan sperti kebanyakan kita yg hanya jaguh kampung sembang deras di kedai kopi sahaja tapi tidak berani ke luar, beliau bercakap di rostrum Perhimpunan Agung PBB (UN General Assembly)sebagaimana diwarisi oleh HUgo Chavez dan Ahmadinejad, beliau bersuara di sidang APEC, WEF, NAM, CHOGM, South-South, dan apa saja termasuklah ketika sessi soal jawab dan temuramah dgn CNN & BBC yg wartawannya telah bersedia rapi dgn soalan2 yg menjurus ke arah agenda mereka (Leading questions).
Saya percaya bahawa melaksanakan PPSMI adalah perlu sebagai antara strategi untuk mencapai MATLAMAT kita menjadi bangsa yg benar2 maju dan mampu menghasilkan tamadun baru.
Ia dibuat dengan bersebab!!! Bukan suka-suka.

Cuba fikir, mengapa hanya 2 subjek sahaja ????? Iaitu Sains dan Matematik saja.
Mengapa tidak semua subjek di'inggeris'kan???????? kalau betullah niat Tun dan menterinya ketika itu hendak mengagungkan bahasa asing dan mempertidakkan keupayaan bahasa Melayu.

Ini kerana -

1. Kita hanya ada 11 tahun lagi untuk mencapai matlamat kita menjadi bangsa yg maju dan mengungguli tamadun menhjelang 2020. Kita jangan terikut bangsa lain yg selesa dgn apa yg mereka ada, asal cukup makan dapat hidup cukup. Kita tak boleh BERTATIH lagi sebagaimana generasi kita sekarang, generasi anak2 kita yg boleh dibentuk itu perlu mampu BERLARI untuk mencapai sasaran dengan cepat sebagai mana semangat orang German "Vorsprung Durch Technik!!" di mana mereka sudah sampai dahulu dengan teknik dan teknologi yg maju.

Kita jangan mudah saja mentakrif untuk menjadi bangsa maju dengan hanya dengan kekayaan kita membeli barang orang, menjadi pengguna teknologi orang saja, dengan mempunyai infrastruktur termoden dengan bangunan tinggi sahaja dan kaya ekonomi saja. Itu tafsiran separuh jalan saja. Sedang kita masih lagi bertaraf BANGSA PENGGUNA saja di zaman sekarang ini.

Kita perlu sekurang-kurangnya menerokai penghasilan teknologi baru atau tamadun baru yg boleh digunakan oleh masyarakat dunia dan dikomersilkan secara massa di peringkat dunia seperti orang Yunani/Greek menyumbang teori dan falsafah politik, kenegaraan, hukum alam dan bintang, sejarah, orang Cina memperkenalkan kertas & bahan letupan, orang India dengan falsafah hidup dan perubatan awal, orang Arab menggabungkan ilmu perubatan Greek dan India untuk menjadi ilmu perubatan yg universal menjadi asas kepada ilmu perubatan moden dari barat pula,orang Arab juga telah berjaya menyelesaikan masalah matematik yg tidak dapat dieselesaikan oleh ilmuwan Greek sebelum itu dengan sistem nombor yg lebih banyak, algebra, algoritma dan persamaan. Tapi sebelum itu mereka pun kena belajar matematik kuno Greek dalam bahasa Greek (bukan yg diterjemahkan ya!!) ini kerana mereka hendak menguasai (mastering) ilmu tersebut yg ditulis dengan bahasa penciptanya mengikut konteks bangsa itu, maka Ibnu Sina ke, Al Khawarizmi ke, Ibnu Rashid ke dan sesiapa saja terlebih dahulu mempelajari/mengkaji ilmu asas/kuno dalam bahasa Greek dan kemudian bila mereka berjaya menghasilkan kaedah atau rumusan baru yg dapat menyelesaikan atau mengatasi ilmu yg asal itu barulah mereka menulis penghasilan baru mereka di dalam kitab dengan bahasa sendiri yakni bahasa Arab atau pun Farsi. Kemudian apabila orang Eropah telah mula celik dari kegelapan (rennaisance from dark ages) mereka pun datang menuntut ilmu perubatan, matematik, sains, astronomi dan kejuruteraan awal dari orang-orang Islam dalam bahasa Arab.

Kalau nak tunggu semua kitab2 tibb dan lain2 ilmu dari dunia Arab yg beribu2 dulu diterjemahkan dulu yg memakan masa bertahun2 kemudian diajarkan pula dalam bahasa sendiri dan kemudian bila ada permasalahan atau bila ada buku rujukan baru dari bahasa Arab terpaksalah panggil balik penterjemah untuk tolong terjemahkan l;agi, alamat lambatlah bangsa Eropah nak jadi maju seperti sekarang ni. Mereka pun datang belajar ilmu asas dalam bahasa Arab dahulu, bila sudah "master" baru mereka mencambahkan ilmu itu dan ditulis dalam bahasa Eropah pula.

Amerika pun nak mencedok teknologi German kena belajar dalam bahasa German , nasib baik ramai saintis yahudi German berhijrah ke Amerika maka dapatlah Amerika ilmu segera.

2. Menyedari perkara ini, dizaman sekarang buku2 rujukan terkini tentang teknologi2 yang canggih ditulis dalam bahasa inggeris kerana ini zaman mereka yg menguasai tamadun. Penemuan teknologi baru dan penerbitan buku2 baru yg ditulis dalam bahasa inggeris sangat pantas, setiap jam ada saja penerbitan baru tak kiralah dalam bentuk buku atau jurnal atau risalah atau artikel atau internet pun. Kita jgn menyombong bodoh kan diri. Orang inggeris pun masa hendak mengecek ilmu dari orang Arab sanggup buang sombong mereka dulu dan belajar.

Maka eloklah anak2 kita yg akan kita harapkan menjadi peneroka atau penghasil teknologi2 baru atau ilmu ketamadunan baru yg belum direka orang lain belajar dahulu ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka dulu supaya mereka dengan mudah diberi apa buku pun mereka sudah biasa dengan istilah2/terminologi atau namakhas2 yg berasal dari bahasa inggeris dengan laju dan cepat. Kita tak boleh membuang masa sangat, berlengah-lengah. Yang berpusisi dan bersyair pun ada tempatnya tetap kita martabatkan, begitu juga yg hendak menggali ilmu teknologi baru biarlah mereka mahir dalam ilmu itu dan menguasainya betul2 dalam konteks penghasil ilmu itu. Kemudian jika mereka hendak menulis atau merekod penghasilan baru mereka bolehlah ditulis dalam bahasa Melayu kita pula. Di waktu itulah baru berduyun2 orang dari segenap penjuru alam datang dengan rela hati belajar ilmu baru dalam bahasa Melayu jika mereka hendak menguasai teknologi baru yg orang kita sendiri hasilkan.

Barulah bahasa kita akan kembali menjadi Lingua Franca seperti di zaman2 sebelum abad ke 16 dahulu di mana sesiapa yg hendak berdagang di peringkat global disebelah timur kena tahu bahasa Melayu dari Filipina ke Papua ke Fiji merentas lautan sampai ke Sri Lanka, India Selatan dan Madagscar bahasa Melayu digunapakai jika dua bangsa berlainan hendak berkomunikasi. Kenapa ?? Adakah mana2 badan yg memaksa mereka berbahasa Melayu??? Tiada, tetapi mereka sendiri yg memilih kerana merasai ia perlu, ini disebabkan kan orang2 Melayu dulu kala (bukan Melayu sekarang ya!!) yakni dari zaman Sri Vijaya dan Melaka telah menguasai perdagangan antarabangsa di mana emaapyar bangsa Melayu dahulukala telah menyeragamkan (standardization) sistem pentadbiran dan pengurusan dagang santeri yang juga melibatkan perdagangan asing dengan sistem cukai teratur, pengurusan pelabuhan, sistem timbang dan sukat, perundangan sehinggakan undang2 atas kapal dagang pun diseragamkan seperti bidang kuasa nakhoda, bidang kuasa juru malim, hukum dan denda sebarang kesalahan atas kapal, pembahagian petak atau lot2 barang dagangan, pembahagian untung antara pemodal dengan agennya yg akan mengikut barang dagang ke tempat asing.

Sekurang2nya pada zaman tiadanya telefon, TV, radio dan suratkhabar dulu, seluruh Asia Tenggara menggunapakai atau merujuk kepada dokumen Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Kalau ke Maluku atau ke Sulawesi pun jika berlaku pertikaian maka perbicaraan dan penjatuhan hukum adalah sama dengan yg dilaksanakan di Melaka atau di Acheh atau di Kedah.

Maka dengan itu layaklah bahasa Melayu ketika zaman itu menjadi bahasa perlu oleh pelbagai bangsa iaitu Lingua Franca.
Tapi sekarang apakah penghasilan kita???????? maka perlulah kita berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu dengan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bersenang2 kemudian jika bila kita dah menguasainya dan menghasilkan penemuan baru pula.

takkan baru susah sikit dah nak mengeluh teriak, susahlah kita nak mencapai matlamat.
Hang Tuah pasal tahu banyak bahasalah dia dapat menjadi handal dan popular pasal banyak ilmu dari pelbagai bangsa dia dapat belajar, takkanlah kalau dia nak belajar ilmu samurai dia kena paksa guru samurai tu belajar bahasa Melayu dan ajar dia dalam bahasa Melayu, tak patutlah macam tu bang. Tak hilang pun Melayu Hang Tuah bahkan lagi hebat lagi dia boleh redah mana2 tempat asing.

Penakluk ibukota empayar Bizantium Rom iaitu Sultan Mehmet dari Bani Othmaniah/Ottoman menguasai 7 bahasa antarnya Turkish, Greek, Hebrew, Arabic, Persian dan Latin menjelang umurnya 21 tahun ketika menewaskan Constantinople. Tak hilang pun bisa dia dan jatidiri Muslim Turki beliau bahkan satu Eropah kenal beliau.

Fairuz Kamarulzaman

POSER

Sometimes there are some people who like to do the things that they dont want to do.