Showing posts with label war. Show all posts
Showing posts with label war. Show all posts

Friday, August 28, 2009

Bhg 3 - Kedatangan dan pengaruh Bugis di Tanah Melayu

Sedang Dinasti Bendahara memulakan tapak pemerintahan meneruskan kesinambungan kerajaan Johor Riau, kemudian muncul pula tuntutan takhta oleh Raja Kechil dari Siak yang mendakwa bahawa dia adalah anak kepada Sultan Mahmud ke2 yg telah mangkat itu. Bersama angkatannya yg disokong oleh kerajaan2 kecil di Sumatra terutama dari Kampar, Siak dan Minangkabau berserta bantuan dari orang laut yg mempercayai bahwa Raja Kechil Siak itu merupakan anakanda kepada sultan yg telah mangkat itu.
Maka mereka telah menyerang ibukota Johor riau ketika itu di kota tinggi Johor dengan matlamat merampas takhta kerajaan dari Sultan Abdul Jalil Riayat Shah bekas bendahara.

Pihak Sultan Abd Jalil akhirnya tewas dan bersama kaum kerabat dan pengiring serta pembesar yg ada melarikan diri ke Pahang dan Terengganu.

Pada masa huru hara politik yg berlaku pada kerajaan Johor Riau (empayar Melayu yang terakhir), peranan dan bantuan dari orang Melayu suku Bugis bakal menjadi penentu siapakah yang berhak menjadi raja Johor Riau.

Dari Sulawesi Selatan, Luwuk yg dikatakan negeri dan kerajaan yg tertua di tanah bugis, apabila kekandanya diangkat sebagai Raja negeri Luwuk maka Opu Tanreburong Daeng Rilaka yg mempunyai 5 orang anak lelaki iaitu Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Perani,Opu Daeng Chelak, Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi telah berkira-kira hendak berkelana kerana tidak mahu anak-anakl lelaki nya yg mempunyai bakat, kemampuan dan berderajat hanya menjadi penjawat awam di istana atau di balai kerajaan kekandanya jika mereka kekal diam di Luwuk.

Pada Daeng Rilaka adalah lebih bermaruah berkelana meneroka peluang dan tempat orang dengan berdagang atau menyediakan tenaga askar upahan mana2 negeri melayu yg memerlukan pertolongan. Dengan membawa nama baik dan keupayaan yg ada lagi baik dicuba mencari khidmat dan nama di negeri orang.Hendaknya di zaman itu sudah tiada lagi kerajaan melayu yg benar2 berwibawa dan kuat, semuanya telah berpecah pecah menjadi negeri kecil dan menjaga hal ehwal masing2 aje.

Ini kerana sejak kedatangn portugis dan tumbangnya empayar Melaka, hanya kerajaan Johor Riau dan kerajaan Acheh sj yg dianggapkerajaan besar untuk menaung kerajan2 kecil yg ada. Makin pula masing2 selalu berperang sesama sendiri, makin mudahlah Belanda meluaskan lagi jajahan dengan menguasai perdagangan rempah kerana kerajaan melayu ketika itu jika tidak berperang dengan portugis maka akan berperang sesama sendiri seperti Acheh yg besar kemudian mahu menguasai pula neger12 yg sebelum itu bernaung di bawah Johor Riau seperti Perak dan Kedah yg sentiasa di ganggu dan diserang. dan juga Pahang.

Lama kelamaan kerjaan2 melayu semakin lemah dan kehabisan sumber,keadaan ini makin memudahkan Belanda sedikit demi sedikit menguasai perdagangan rempah dari laluan kepulauan maluku ke nusantara.

POSER

Sometimes there are some people who like to do the things that they dont want to do.