About general interests like local or international history, ideas, religion, people, muzik, theory, assumptions and also to talk about current domestic or world politics. whatever...etcetera, etcetera, etcetera..
Showing posts with label Ryukyu and Malacca. Show all posts
Showing posts with label Ryukyu and Malacca. Show all posts
Wednesday, June 25, 2008
Ryukyu - Early Malaysian & Japanese Relationship
Pada hari ini 11.04.1480, Laksamana Melaka, iaitu Hang Tuah telah menyerahkan sepucuk surat kepada Raja Negeri Ryukyu di Negeri Jepun mengenai sebuah kapal Ryukyu yang terdampar di pantai Chio-Chih ataupun Annam Utara. Kapal tersebut yang pada mulanya bermaksud untuk mendapatkan air dikatakan telah terlibat dalam satu pergaduhan berdarah dengan orang-orang Chio-Chih. Laksamana Hang Tuah telah mendapat tahu mengenai kejadian itu Ialu menghantar satu pasukan penyiasat ke Chan-Cheng iaitu Champa yang di bawah kuasa Annam, untuk menyiasat kejadian tersebut. Setelah disiasat dengan teliti, Pasukan Penyiasat ini mendapati bahawa kejadian itu tidaklah benar. Mereka hanya menemui dua orang Ryukyu, salah seorang daripadanya telah mati kerana sakit. Selain dari itu surat Laksamana Hang Tuah juga melaporkan mengenai:-
1. Rombongan dagang raja Negeri Ryukyu termasuk seorang penterjemah bernama Tei Raku telah sampai ke Melaka dan setelah menjalankan perniagaan dengan aman telah kembali semula ke Ryukyu.
2. Laksamana Hang Tuah telah memohon diberi sebilah pedang, sebatang busar anak panah, dan sebuah pelana.
3. Kapal-kapal Ryukyu yang datang berniaga di Melaka semakin bertambah pada tiap-tiap tahun dan sentiasa memberi hadiah kepada raja dan pembesar Melaka.
4. Laksamana Hang Tuah menyatakan rasa hormat dan kepercayaanya yang tidak akan berubah terhadap raja Ryukyu. Melalui surat ini menunjukkan bahawa perdagangan yang dijalankan oleh Melaka-Ryukyu berjalan dalam keadaan yang baik. Source : http://hids.arkib.gov.my/doc/2005/april/11_04_1480_2005.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSER
Sometimes there are some people who like to do the things that they dont want to do.
-
i subscribe to the fact that Sri Vijaya was more prominent/greater as malay kingdom/empire than Melaka. In fact Melaka is just a continuity ...
-
Catatan Parsi Tentang Iskandar Zulqarnayn: from kitab Sikandar Nama e Barra (the Book of Iskandar/Alexander, in Malay Hikayat Iskandar Zulka...
-
The Gospel of Barnabas claims that Jesus predicted the advent of Muhammad, thus conforming with the Qur'an which mentions: "And rem...