Showing posts with label Funan. Show all posts
Showing posts with label Funan. Show all posts

Friday, July 11, 2008

Funan - The Earliest Malay Kingdom

I strongly believe that the earliest Malay empire in this region was Kerajaan Funan (Atau Raja Gunung) yang memerintah seluruh Indocina (sekarang Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand), Segenting Kra, Semenanjung Tanah Melayu ataupun Hujung Tanah dan Kepulauan sekitarnya. Hanya disebabkan sekarang masing2 mempunyai negara masing2 dan cuba menghapuskan kebenaran fakta bahawa pada awalnya abad pertama hingga ke tujuh pusat pemerintahan orang Melayu adalah di Tanah Besar sebelum berlaku perpecahan dan peperangan yang terlalu kerap, maka berlakulah migrasi atau perpindahan kawasan kekuasaan atau ketuanan dari Funan di utara menurun ke selatan di kawasan Langkasuka dan Pantai Timur di kawasan Kelantan, Petani, Yala dan Ligor. Disitulah kembalinya bertapak kerajaan Melayu yg runtuh dari Funan, menjadi asas kepada kerajaan Sri Vijaya di mana selepas beberapa tempoh, Raja Jayanasa dengan angkatan tenteranya sebanyak 20,000 orang beserta pengikut dan kaum keluarganya telah berhijrah ke pulau Sumatera di Palembang dan kembali menguasai seluruh kawasan kepulauan Sumatera, Riau, Borneo, Mindanao, Maluku dan Sulawesi. Kerajaan Sri Vijaya dan keluarga diraja Sailendra di pulau Jawa barat mengakui bahawa mereka adalah keturunan raja-raja gunung iaitu Funan. Maka di sini kita dapat lihat kesinambungannya pd abad pertama hingga ke 7, kerjaan Funan yg paling besar dan berkuasa di Asia Tenggara, kemudian setelah ia runtuh, berkerajaan sementara di utara semenanjung sehingga mereka memutuskan untuk menjadikan Palembang sebagai ibukota baru pada abad ke 8 dengan nama baru iaitu Sri Vijaya sempena berjayanya mereka mendapatkan kekuasaan memerintah di Asia Tenggara serta kembali menguasai laluan dagangan yg amat penting antara timur dan barat iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kembali kepada kerajaan Funan, kita dapat saksikan betapa kukuhnya bangsa ini walaupun dihimpit dengan kuasa2 baru iaitu Annam (Vietnam), Khmer (Kemboja) dan Siam (Thailand) bangsa Melayu Champa telah dilindungi Tuhan untuk kekal sehingga sekarang menjadi sebahagian dari masyarakat utama di Kemboja masakini di kawasan Kompong Cham ("Kampung Champa") dan sekitarnya. Merekalah pewaris yang tabah dan kekal di tanah besar Indo China sehingga sekarang walaupun cuba dihapuskan oleh kerjaan Annam dan cuba dihapuskan oleh Khmer Rouge, namun Alhamdulillah ia selamat dan dapat dikekalkan sebagai tanda bahawa orang Melayu pernah berkuasa di sana. Apa yg perlu dilakukan adalah dengan mengekalkan persaudaraan dan saling bantu membantu dengan masyarakat melayu kemboja (champa) ini sebagai saudara kita juga, dengan membenarkan mereka juga berniaga di Semenanjung ini disamping saudara2 yang lain dari Indonesia, selatan Thailand dan juga filipina yg diaku sebagai saudara ras Melayu. Maka boleh kita simpulkan bahawa turutan kesinambungan kerajaan Melayu adalah seperti berikut - Kerajaan Funan 1st Century - 7th Century Empayar Sri Vijaya 8th Century - 14th Century (the longest empire) Kesultanan Melaka 15th Century - early 16th Century Kesultanan Johor Riau 16th Century - 18th Century Colonial Era 18th Century - 19th Century - early 20th century Modern Day Malaysia, Indonesia & Brunei sekarang sekian

POSER

Sometimes there are some people who like to do the things that they dont want to do.