Friday, July 11, 2008

Funan - The Earliest Malay Kingdom

I strongly believe that the earliest Malay empire in this region was Kerajaan Funan (Atau Raja Gunung) yang memerintah seluruh Indocina (sekarang Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand), Segenting Kra, Semenanjung Tanah Melayu ataupun Hujung Tanah dan Kepulauan sekitarnya. Hanya disebabkan sekarang masing2 mempunyai negara masing2 dan cuba menghapuskan kebenaran fakta bahawa pada awalnya abad pertama hingga ke tujuh pusat pemerintahan orang Melayu adalah di Tanah Besar sebelum berlaku perpecahan dan peperangan yang terlalu kerap, maka berlakulah migrasi atau perpindahan kawasan kekuasaan atau ketuanan dari Funan di utara menurun ke selatan di kawasan Langkasuka dan Pantai Timur di kawasan Kelantan, Petani, Yala dan Ligor. Disitulah kembalinya bertapak kerajaan Melayu yg runtuh dari Funan, menjadi asas kepada kerajaan Sri Vijaya di mana selepas beberapa tempoh, Raja Jayanasa dengan angkatan tenteranya sebanyak 20,000 orang beserta pengikut dan kaum keluarganya telah berhijrah ke pulau Sumatera di Palembang dan kembali menguasai seluruh kawasan kepulauan Sumatera, Riau, Borneo, Mindanao, Maluku dan Sulawesi. Kerajaan Sri Vijaya dan keluarga diraja Sailendra di pulau Jawa barat mengakui bahawa mereka adalah keturunan raja-raja gunung iaitu Funan. Maka di sini kita dapat lihat kesinambungannya pd abad pertama hingga ke 7, kerjaan Funan yg paling besar dan berkuasa di Asia Tenggara, kemudian setelah ia runtuh, berkerajaan sementara di utara semenanjung sehingga mereka memutuskan untuk menjadikan Palembang sebagai ibukota baru pada abad ke 8 dengan nama baru iaitu Sri Vijaya sempena berjayanya mereka mendapatkan kekuasaan memerintah di Asia Tenggara serta kembali menguasai laluan dagangan yg amat penting antara timur dan barat iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kembali kepada kerajaan Funan, kita dapat saksikan betapa kukuhnya bangsa ini walaupun dihimpit dengan kuasa2 baru iaitu Annam (Vietnam), Khmer (Kemboja) dan Siam (Thailand) bangsa Melayu Champa telah dilindungi Tuhan untuk kekal sehingga sekarang menjadi sebahagian dari masyarakat utama di Kemboja masakini di kawasan Kompong Cham ("Kampung Champa") dan sekitarnya. Merekalah pewaris yang tabah dan kekal di tanah besar Indo China sehingga sekarang walaupun cuba dihapuskan oleh kerjaan Annam dan cuba dihapuskan oleh Khmer Rouge, namun Alhamdulillah ia selamat dan dapat dikekalkan sebagai tanda bahawa orang Melayu pernah berkuasa di sana. Apa yg perlu dilakukan adalah dengan mengekalkan persaudaraan dan saling bantu membantu dengan masyarakat melayu kemboja (champa) ini sebagai saudara kita juga, dengan membenarkan mereka juga berniaga di Semenanjung ini disamping saudara2 yang lain dari Indonesia, selatan Thailand dan juga filipina yg diaku sebagai saudara ras Melayu. Maka boleh kita simpulkan bahawa turutan kesinambungan kerajaan Melayu adalah seperti berikut - Kerajaan Funan 1st Century - 7th Century Empayar Sri Vijaya 8th Century - 14th Century (the longest empire) Kesultanan Melaka 15th Century - early 16th Century Kesultanan Johor Riau 16th Century - 18th Century Colonial Era 18th Century - 19th Century - early 20th century Modern Day Malaysia, Indonesia & Brunei sekarang sekian

12 comments:

Anonymous said...

..ada pendapat yang mengatakan bahawa kedatangan orang Eropah ke Negeri Melaka telah bermula sebelum kedatangan Portugis.

..ada kemungkinan ke, mereka ni datang ke kerajaan2 awal Funan dan Sri Vijaya dan telah lama berdagang sebelum Portugis datang. hinggakan Ptolemy buleh lukis peta Semenanjung Emas..

Anonymous said...

..rr, walaupun peta tu memang horror giler, jauh sekali berbeza dengan tanah Melayu yang sebenarnya..

http://sejarahmelayu.files.wordpress.com/2007/01/ptomelyasiadetail.jpg

fairuzstone said...

ya, saya setuju, Peta tu dilukis oleh Ptolemy, ahli geografi Greek, yang bagusnya, dia refer semenanjung ni Aurea Chersonese (english=Golden Chersonese, Chersonese = peninsular)dan bersamaan juga dgn apa yg orang India dulu2 juga refer semenanjung ni Suvarnabhumi = Bumi Emas, diorang panggil Sumatera, Suvarnadvipa = Pulau Emas. memang sini banyak emas . Peta tu dilukis pada abad pertama, sama era awal Funan juga

Anonymous said...

..ada pendapat kata, benih2 (sperma) Melayu yang ada kat Tanah Melayu ni adalah benih2 yang lemah, kerana mereka berasal dari orang2 pelarian. Sebaliknya, benih2 yang datang sebagai pedagang2, pendakwah2, dan hamba2 adalah benih2 yang bagus dan kononnya itu sebab mereka berjaya.

soalan ji.. betul ke orang Melayu nie bangsa pelarian. Cuba kamu sangkal sikit dakwaan nie..

fairuzstone said...

ohh, itu maknanya diorang dah salah baca, jie.
orang melayu dulu2 adalah bangsa yg adventurous, tak suka duduk diam, sentiasa hendak meneroka kawasan baru, cabaran baru dan saingan, sehingga diorang sampai ke satu lokasi yg betul2 sesuai, subur dan berpotensi untuk diorg menetap dan berkerajaan. selagi tak jumpa bangsa ini akan terus meneroka. dan akhirnya tanah Semenanjung (Hujong Tanah) yg menjadi rebutan dan idaman banyak bangsa menjadi milik Melayu. Selepas puas merantau, berperang, berdagang, berlayar, bertarung dgn macam2 bangsa akhirnya kita kasi confirm ini semenanjung kita punya. Semenanjung ni asalnya, sebelum itu dihuni oleh barbarian-batak tetapi diketahui byk bangsa mempunyai hasil galian yg mewah (spt emas, tembaga, timah yg menjadi rebutan)dan subur dan strategik utk perdagangan asalnya menjadi rebutan orang tamil, siam, china, parsi dan melayu. Tapi Tuhan memberinya kepada orang Melayu yg layak untuk mentadbirnya.
itu pasallah ras melayu polenesia bertaburan dari madagaskar-sumatera-kepulauan melayu-borneo-filipina-sulawesi-hingga ke fiji. pasal mereka sukakan pelayaran dan challenge. dan tanah semenanjung sebagai pusat ibu negeri. Kapisshhhh. Terima kasih

Anonymous said...

..mantap.. terima kasih!

fairuzstone said...

lagipun kita tengoklah, apalah sangat yang ada kat are kampuchea, laos, & vietnam sekarang. bukan nak meninggi diri, tapi itulah faktanya..jie

Anonymous said...

..lagi satu jie, kita selalu dengar ahli2 pelayaran seperti christopher colombus, vasco de gama, ferdinand magellan, alfonso de albuquerque dan ramai lagi nama2 ahli pelayaran dari eropah dan amat sedikit yang kita ketahui dari ahli pelayaran islam, kecuali dikatakan sebagai pedagang2 arab, mubaligh2 arab dsb. yang agak menyerlah kedengaran hanyalah ibnu battuta dan panglima awang. itupun amat jarang dicatatkan dalam buku2 sejarah moden.

i just want to voice out.. macamlah orang eropah sahaja yang pandai belayar..

fairuzstone said...

ye tuan haji ada banyak kisah sailor2 melayu, byk gak yg matsaleh sendiri pun ngaku respek for certain aspects, tapi nanti, saya tgh kumpul bahan

Anonymous said...

..awak kumpullah.. blog awak ni dah mcm blog chedet dah pada saya.. " )

Anonymous said...

Saudara lupa senaraikan Langkasuka dan Ligor dalam senarai kerajaan Melayu?

fairuzstone said...

...oh ya benar, saya terlepas pandang, memang antara era Funan dgn Sri Vijaya, kerjaan Langkasuka merupakan kerajaan Melayu terbesar di utara Semenanjung selepas kejatuhan Funan. Kawasan penguasaan Langkasuka meliputi Kedah, Kelantan,Patani, Yala,Nakhon Sitammarat, Chaiya, Ligor.

Sebab itu ada catatan juga mendakwa kerajaan Sri Vijaya bermula dari Kelantan, sebenarnya ia merujuk kepada Langkaksuka, Raja Jayanasa Dapunta Hyang telah meninggalkan negeri asalnya di utara semenanjung untuk membuka negeri baru yg didapati amat subur dan strategik untuk mengawal laluan perdagangan timur-barat yg melalui selat melaka. Tempat baru itu ialah Palembang dan disitulah bertapaknya Empayar Melayu yg terbesar iaitu Sri Vijaya.

Maka ini menunjukkan trend pergerakan monarki melayu dari utara ke selatan. yg memakan masa ribuan tahun

POSER

Sometimes there are some people who like to do the things that they dont want to do.