Saturday, May 30, 2009

Kedatangan Pengaruh Bugis di tanah Semenanjung dan kepulauan Melayu

Bugis adalah salah satu dari suku kaum Melayu, yang mana, suku kaum Melayu yg lain adalah seperti Minangkabau, Banjar, Jawa, Melayu Patani, Mandahiling, Acheh, Brunei, Moro, Orang Laut, Melayu Champa(Kemboja), Rawa, Kerinchi dan byk lagi. Asal orang Bugis adalah dari Sulawesi, lebih tepat lagi Selatan Sulawesi yg merangkumi negeri2 kecil seperti states like Luwuk, Bone, Wajo, Soppeng and Gowa/Makassar/Mengkasar. Sekitar tahun 1669 masehi, setelah berperang dengan sengitnya di laut dan di darat, kerajaan utama dan terbesar di Selatan Sulawesi iaitu kerajaan Gowa Makasar yg berpusat di kota Ujung Pandang (juga dikenali kota Makasar), akhirnya terpaksa menerima residen Belanda dan menandatangani perjanjian damai yg juga mengaku kalah dengan pihak VOC Belanda yg juga dibantu oleh angkatan tentera dari kerajaan2 yg bermusuh dgn kerajaan Gowa Makasar seperti Bone, Madura dan Jatelah wa. Terdapat beberapa lagi kerajaan Bugis di Selatan Sulawesi yg membentuk negeri masing2 dan kerajaan yg tertua sekali di kalangan mereka ialah Luwu', yg dikatakan kerajaan yg asal sebelum wujud kerajan2 lain. Pada tahun 1699 pula, berlaku tragedi dan kegawatan yg sangat besar ke atas empayar Melayu yg tertua iaitu kerajaan Johor-Riau, waris kepada empayar Melaka yg berasal dari kerajaan Sri Vijaya yg menguasai Selat Melaka dan Laut China Selatan selama 1000 tahun. Sultan Mahmud kedua telah dibunuh oleh pembesar nya semasa di atas usungan. Sultan Mahmud kedua adalah waris terakhir kerajaan Johor Riau yg dari salasilah Melaka dan Sri Vijaya. Terdapat juga waris kerajan Melaka tetapi memerintah di negeri Perak yg berasal dari Sultan Muzaffar Shah anak kepada Sultan Mahmud Melaka dari isteri Tun Teja. Manakala yg menyambung pemerintahan Johor Riau pula adalah dari waris Sultan Alaudin anak Sultan Mahmud Melaka dari isterinya Tun Fatimah. Sultan Mahmud kedua tidak mempunyai waris ini kerana baginda mangkat dibunuh di usia yg muda 24 tahun dan mempunyai perangai yg sangat pelik dan teruk, di mana dikatakan baginda tidak mahu bergaul dengan isteri-isterinya kononnya baginda hanya layak bergaul dengan isteri dari kaum bunian yg bukan manusia. Terdapat banyak rekod dari catatan tempatan dan juga orang Eropah yg pernah berjumpa baginda yg menunjukkan sikap zalim dan pelik sehingga ketahap tidak layak untuk menjadi raja lagi jika mengikut undang-undangraja-raja Melayu yg menuntut seorang raja Melayu perlulah waras dan mematuhi waadat perjanjian Sang Sapurba-Demang Lebar Daun (perjanjian antara raja dan hamba rakyat yg dipersetujui semasa kerajaan Sri Vijaya Palembang lagi iaitu seorang Raja Melayu tidak akan mengaibkan hamba rakyatnya walau besar mana dosanya, hanya perlu dijatuhkan hukuman mengikut kesalahannya tetapi tidak dimalukan, dan disebelah rakyat pula hendaklah taat setia tidak derhaka kepada rajanya walau besar mana dosanya), di dalam kes Sultan Mahmud Kedua ini, baginda telah mencabul perjanjian ini dengan memberi aib dan kejam dengan menhukum belah perut seorang perempuan yg mengandung yg merupakan isteri kepada Laksamananya hanya kerana perempuan itu telah memakan nangka raja kerana mengidam. Akibat kejadian yg amat aib dan kejam ini perempuan itu telah dipotong perut nya yg sedang bunting untuk memuaskan kehendak baginda yg mahu melihat betulkah anak kandungan itu yg hendak memakan nangka itu. Setelah kejadian itu, maka hilanglah kesetian di sebelah pembesar yg mewakili rakyat, di mana para pembesar dari Bendahara hingga ke Laksamana memutuskan untuk menamatkan riwayat raja ini. Maka huru-haralah kerajaan Melayu Johor Riau tidak mempunyai tuan lagi, tampuk pemerintahan telah berpindah ketangan dinasti Bendahara pula. Mengikut undang-undang raja Melayu jika Sultan sudah tiada lagi dan tiada waris maka Bendahara lah yg layak untuk menggantikannya. -bersambung-

2 comments:

Santai Blogger said...

bro, mana lagi kompilasi maklumat2 dan hujah2 awal2 lebih dulu daripada ini semua? Ini semua yang terbaru. Anda perlu membuat housekeeping dan mengeposkan koleksi hujah2 lama tu kembali.

fairuzstone said...

Tuan, ruang masa tidak mengijinkan. Takper saya cuba dahulu...

POSER

Sometimes there are some people who like to do the things that they dont want to do.